| Tulang Rapuh (Osteoporosis)
  Osteoporosis   adalah satu keadaan kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang  rapuh  dan mudah patah. Ia biasa  berlaku di kalangan mereka yang  meningkat usia dan golongan wanita berikutan  menopaus, bila badan tidak  lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama  dengan tisu baru  yang lebih sihat.                       Apabila  usia meningkat, anda juga akan mengalami  kekurangan jumlah tisu-tisu tulang,  menyebabkan tulang menipis. Tulang  akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya  tulang belakang,  pergelangan tangan dan tulang pinggul. 
 Tulang  adalah tisu  hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari  bahagian  luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen ( serat elastik yang   kuat ) bahan mineral salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat  biasanya  amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam  kes osteoporosis,  ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan  kurang elastik. 
 Tulang  yang dibaiki  dan diperteguhkan dengan pelbagai zat protien dan mineral yang  diserap  dari saluran darah. Ini termasuk kalsium , fosporus, protien dan juga   asid amino . Hormon pertumbuhan dan hormon seks mengawal jumlah mendapan  bahan  mineral dalam tulang. Perubahan pada paras hormon boleh memberi  kesan ke atas kekuatan  tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi  wanita boleh mencegah  osteoporosis. Selepas menopos, paras estrogen  menurun, menyebabkan tulang  menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih  kerap berlaku dan boleh menjadi lebih  teruk. Tanda dan Gejala
 Osteoporosis   mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang. Gejala pada mulanya  tidak  begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa  bulan dan tahun  untuk muncul. Tanda osteoporosis termasuklah sakit  sendi, sukar untuk berdiri  lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa  hentaman atau hentakan.  
Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim  tulang) , perpecahan tulang  pergelangan tangan, tulang pinggul atau  tulang spinal (vertebra) lebih senang  patah. Batuk atau bersin mungkin  menyebabkan patah tulang dada (rib) atau  berpotensi untuk tulang  belakang reput. 
 
Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi  serius, kerana tulang tidak  boleh membaiki diri sendiri dengan  berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada  artritis dan mungkin menyebabkan  kecacatan; bagi setengah warga usia emas  mereka tidak boleh hidup  berikut kecederaan. Sesetengah warga emas tidak boleh  hidup berdikari  jika mengalami kecederaan. 
 
Bongkok yang biasa berlaku di kalangan warga usia  emas adalah satu gejala  osteoporosis. Ia berlaku apabila tulang  vertebra patah ( atau pecah )  membuatkan susah untuk menyokong berat  badan. 
Sebab-SebabTulang  tebal dan  kuat semasa remaja. Pada sekitar umur 35 tahun, lebih banyak tisu   tulang yang hilang daripada yang diganti. Ini menyebabkan tulang menjadi  nipis  dan lemah. Orang yang kerap melakukan senaman semasa muda, dan  masih aktif  semasa berumur, kurang risiko mendapat osteoporosis, kerana  tulang masih kuat.  Ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko  anda mendapat osteoporosis: Wanita  berisiko lebih tinggi mendapat osteoporosis  berbanding lelaki. Ini disebabkan  penurunan hormon oestrogen selepas  menopos. Wanita berisiko tinggi apabila :
 Mengalami menopos awal       sebelum umur 45 tahun.Menjalani pembedahan        histerektomi (pembuangan organ rahim) sebelum berusia 45 tahun ,  terutama       jika ovari dibuang sekali.Tidak datang haid dalam       jangkamasa lama ( lebih dari 6 bulan) disebabkan senaman berlebihan atau       makan berlebihan Hormon lelaki , iaitu testosterone juga menolong  menjadikan tulang sihat.       Lelaki menghasilkan hormon secara  berterusan walaupun usia lanjut, tetapi       berisiko mendapat  osteoporosis jika paras hormon rendah.
 Penyakit  hormon-penghasilan  kelenjar boleh menyebabkan osteoporosis. Hormon  wanita , estrogen , dan hormon  lelaki, testosteron adalah penting untuk  menjadikan tulang kuat, dengan  memproseskan mineral seperti kalsium.  Osteoporosis boleh tercetus oleh penyakit  melibatkan hormon, termasuk :
 Fakta-fakta  lain yang akan meningkatkan risiko mendapat osteoporosis termasuk:Hipertiroidism  (kelenjar tiroid yang sangat aktif).Gangguan  kelejar adrenal.  Dalam Sindrom Cushing, penghasilan berlebihan kortisol (hormon  yang  dihasilkan oleh kelenjar adrenal) menyebabkan osteoporosis. Kurang  pengeluaran hormon seks ( estrogen dan testosteron).Gangguan  di kelenjar pituitari dan,Kencing  manis.
 Sejarah osteoporosis di       kalangan keluarga yang terdekat (ibu bapa). Tidak aktif dalam jangkamasa       lama seperti rehat di atas katil.Kerap mengambil minuman       keras dan merokok. Gangguan penyerapan seperti       ' Coeliac disease' (penyakit seliak) dan Crohn's disease (penyakit crohn).Penggunaan ubat berdos        tinggi bagi rawatan korti kosteroid bagi tempoh yang lama (selalunya  digunakan       bagi rawatan arthritis dan asma) boleh memberi kesan  kepada kekuatan       tulang.Kekurangan kalsium .Paras rendah vitamin D.Jisim badan yang sangat        rendah (contoh, berat badan yang kurang atau mempunyai tulang yang  menipis       akibat kecelaruan gaya pemakanan)
 Diagnosa
 
 Osteoporosis selalunya tidak didiagnosakan  sehinggalah tulang lemah dan menyebabkan  tulang patah. Sinaran x tidak  boleh memberi ukuran jisim tulang yang betul,  tetapi boleh  mengenalpasti kepatahan tulang belakang. Kepadatan tulang dapat  dilihat  melalui scan, dipanggil ' dual energy X-ray absorptiometry (DEXA)   scan', digunakan untuk mengukur kepadatan tulang dan dapat  membandingkannya  dengan yang normal. Ujian ini menyukat/mengukur  kekuatan tulang serta risiko  kepatahan
 
 Komplikasi
 Osteoporosis   menyebabkan kurang ketinggian badan, akibat kepatahan tulang belakang  (spinal  ). Ini bermakna tulang belakang tidak lagi mampu untuk  menyokong berat badan,  dan menyebabkan bentuk badan yang sedikit  membongkok . Kebiasaannya kemalangan  kecil boleh menyebabkan patah atau  rentak di pergelangan tangan , lengan, leher  atau tulang pinggul.
 Sesetengah orang menjadi tidak berupaya kesan  daripada tulang yang lemah.  Penggantian semula tulang pinggul selalunya  diperlukan sekiranya ia patah, dan  ini akan menyebabkan pesakit tidak  mampu berjalan sendiri. Walaupun  osteoporosis tidak memendekkan jangka  hayat manusia, ketidakupayaan bergerak  sendiri menjadi sebab utama  kemasukan ke rumah penjagaan.
 
 Rawatan 
 Ada  beberapa rawatan yang disediakan untuk osteoporosis:   Terapi gantian hormon        (Hormone Replacement Therapy) terapi ini membantu wanita yang bakal  menopos       dengan mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan  kepatahan tulang       sepanjang rawatan. Walau bagaimapun pun HRT tidak  selalu disyorkan sebagai       rawatan pertama osteoporosis kerana  mampu meningkatkan risiko mendapat       strok, sakit jantung dan juga  kanser payu dara. Anda perlu berbincang       dengan doktor mengenai  kebaikan dan risiko HRT.Rawatan testosteron sangat        berguna kepada lelaki yang dikaitkan dengan oateoporosis kesan  daripada       kekurangan penghasilan hormon seks lelaki.Bisfosfohat ubatan bukan  hormone       mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar  kepatahan. Kadar sel       osteoklas pecah akan direndahkan manakala  proses penghasilan akan       meningkat. Bisfosfonat ubatan bukan        hormone mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan.        Kadar sel osteoklas akan direndahkan bagi mengurangkan kerapuhan  tulang       manakala proses penghasilan akan meningkat.Kalsitonin adalah hormon       yang dihasilkan dari kelenjar tiroid menghalang sel yang memecahkan       tulang.Kalsium dan vitamin D        tambahan amat berguna untuk lelaki dan wanita bagi mengelakkan risiko        kepatahan tulang pinggul. Mengambil kalsium yang cukup dalam  pemakanan       semasa muda sangatlah penting bagi mengurangkan risiko  terutama wanita.       Anda perlu 1000mg kalsium setiap hari bersamaan  dengan segelas susu.       Sekiranya anda tidak mendapat kalsium yang  cukup dalam pemakanan harian       tanyalah doktor anda untuk  mendapatkan nasihat pengambilan supplemen       kalsium.Selective Estrogen Receptor        Modulators (SERMs) adalah ubatan yang mempunyai kesan yang sama  terhadap keupayaan       tulang dan mengurangkan risiko kepatahan  terutama tulang belakang.
 Pencegahan
 Gen anda  menentukan  potensi ketinggian dan kekuatan rangka anda. Walau bagaimana pun,   amalan cara hidup yang sihat, seperti pemakanan dan senaman boleh  mempengaruhi  kesihatan tulang anda. Mengamalkan cara hidup sihat  melambatkan berlakunya  kejadian osteoporosis dan tulang lambat menjadi  rapuh. Senaman yang berkala  amat diperlukan. Cuba lakukan senaman  sekurang-kurangnya 30 minit 3 kali  seminggu.
 Dua jenis  senaman  yang penting untuk mengukuhkan kepadatan tulang bagi mencegah   osteoporosis - senaman menggunakan pemberat dan senaman yang berterusan.   Senaman penampung berat adalah senaman melibatkan kaki yang ditampung  oleh  berat badan sendiri. Bagi remaja senaman lompat tinggi menggunakan  pemberat  adalah sesuai. Jogging, lompat tali (skipping), menari  aerobik dan melompat  atas dan bawah ( up and down ) baik untuk kekuatan  tulang. 
 Bagi  mereka yang  berusia , senaman ringan dan selamat, seperti berjalan , main tenis  ,  berenang amat berguna tapi bukan senaman yang menggunakan pemberat.  Untuk  orang yang lebih tua , senaman menggunakan pemberat yang  sederhana perlu  bersesuaian dan selamat, seperti berjalan perlahan,  kelas mengekalkan  kecergasan , menaiki tangga 10 kali sehari, permainan  tenis yang sederhana. Berenang  dan berbasikal bukanlah aktiviti senaman  penampung berat. Senaman ketahanan  adalah penggunaan kekuatan otot.  Tarikan tendon pada tulang mampu meningkatkan  kekuatan tulang. Sebagai  contoh , tekan tubi, angkat berat atau menggunakan  peralatan berat di  gimnasium. Juga termasuk senaman mudah seperti mengangkat  tin  mengandungi makanan yang membantu menguatkan tulang di pergelangan  tangan.
 Amalan  cara hidup yang boleh membantu mencegah osteoporosis termasuk:
 makan makanan yang       mengandungi zat kalsium yang tinggi - sekurang-kurangnya 1,000 mg sehari.berhenti merokok -menghisap       rokok berkaitan dengan peningkatan risiko osteoporosis. hadkan jumlah pengambilan       minuman alkohol. Disyorkan had 21 unit seminggu untuk lelaki dan 14 unit       untuk wanita. 
 Mereka  yang berusia  dengan tulang yang rapuh boleh melakukan sesuatu bagi mengurangkan   risiko tulang retak atau patah. Satu tindakan yang baik untuk memeriksa  dan  mengenalpasti perkara yang mendedahkan anda kepada bahaya seperti  lingkaran  wayar . Pastikan anda sentiasa memeriksa tahap penglihatan  dan pendengaran.  Sesetengah warga emas memakai pelindung khas pada  pinggul untuk mengelakkan  kecederaan semasa jatuh. Kumpulan SokonganPersatuan  Menopos Malaysia
 Persatuan  Ortopedik Malaysia
 Persatuan  Osteoporosis Malaysia
 Semakan  Akhir : 22 April 2008
 | 
No comments:
Post a Comment