Sunday, January 30, 2011

fakta ukuran masa tentang penyu

                                                     PENYU
  • Mengikut kajian yang telah dijalankan didapati penyu telah wujud semenjak akhir zaman Jurassic (145 - 208 juta tahun ), iaitu sezaman dengan dinosaur
  • Tempoh bertelur berbeza mengikut jenis penyu, kebiasaannya 1 - 3 jam.  
  • Seekor penyu betina boleh bertelur di antara 4 - 6 kali sepanjang musim bertelur. Biasanya selang masa di antara satu masa bertelur dengan yang lain ialah 8 - 15 hari bergantung kepada jenis penyu. Selepas itu penyu betina akan mengambil masa selama 2 - 8 tahun sebelum kembali untuk bertelur di pantai yang sama ia bertelur dahulu. 
  • Setelah itu ibu penyu akan menggali lubang yang lebih dalam dan kecil sedalam 2 - 3 kaki dan bertelur sejumlah anggaran 50 hingga 100 biji bergantung kepada spesies. 
  • Telur penyu yang terhasil akan ditinggalkan tanpa jagaan. Tempoh pengeraman dan jantina anak-anak penyu dipengaruhi oleh suhu pasir. Pada suhu yang melebihi 29 darjah Selsius, banyak anak-anak penyu betina akan terhasil. Sebaliknya, pada suhu kurang daripada 29 darjah selsius, kebanyakan anak penyu yang menetas adalah penyu jantan. Telur penyu akan menetas selepas 7 - 12 minggu dan bergantung kepada jenis penyu dan suhu pengeraman (ia itu jumlah sinaran matahari dan suhu pasir.) 

No comments:

Post a Comment