Geometri
                  Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
                                                   Geometri (
Greek γεωμετρία; geo = bumi, metria = ukuran) adalah sebahagian dari 
matematik yang mengambil berat persoalanan mengenai saiz, bentuk, dan kedudukan relatif dari rajah dan sifat ruang. Geometri ialah salah satu dari sains yang tertua. Pada mulanya ia hanyalah sebahagian jasad dari pengetahuan praktikal yang mengambil berat dengan 
jarak, 
luas dan 
isipadu, tetapi pada abad ketiga S.M. geometri telah diletakkan di dalam 
bentuk aksiom oleh 
Euclid membentuk 
Geometri Euclid, yang hasilnya menetapkan piawai untuk beberapa abad berikutnya. Bidang 
astronomi, khususnya memetakan bintang-bintang dan planet-planet pada sfera cakerawala, bertindak sebagai sumber-sumber geometri terpenting dari semasa satu setengah alaf berikutnya.
Pengenalan kepada 
koordinat oleh 
Descartes dan perkembangan sejajar kepada 
algebra menandakan peringkat baru untuk geometri, sejak rajah-rajah geometri, seperti 
lengkungan datar, kini boleh dipersembahkan secara 
analitik. Ini memberikan peranan yang penting kepada kemunculan 
kalkulus pada abad ke tujuh belas. Tambahan pula, teori 
perspektif menunjukkan bahawa terdapat lebih banyak geometri daripada hanya sifat-sifat metrik(pengukuran) kepada rajah. Subjek dari geometri telah kemudiannya diperkayakan oleh pembelajaran struktur intrinsik dari objek geometrik yang berasal dengan 
Euler dan 
Gauss telah membawa kepada penciptaan 
topologi dan 
pembezaan geometri.
Sejak penemuan abad kesembilan-belas dari 
geometri bukan Euclid, konsep dari 
ruang telah mengalami perubahan yang besar. Geometri kontemporari menganggap 
berganda, ruang yang amat lebih abstrak dari 
ruang Euclid yang lazim, iaitu mereka hanya beranggaran menyerupai pada skala kecil. Ruang ini mungkin dikurniai dengan struktur tambahan, membenarkan seorang untuk bertutur tentang jarak. geometri moden mempunyai ikatan kuat berganda dengan 
fizik, dicontohi oleh ikatan antara 
geometri Riemann dan 
kerelatifan am. Salah satu dari teori fizikal termuda, 
teori tali, juga amat geometrik dalam intipatinya.
Satu sifat penglihatan dari geometri membuatkan ia pada mulaanya lebih mudah dikira berbanding dari bahagian lain matematik, seperti 
algebra atau 
teori nombor. Bagaimanapun, bahasa geometri juga digunakan dalam konteks bahawa mereka dikeluarkan jauh dari tradisi, tempat asal Euclidnya, contohnya, dalam 
geometri pecahan, dan khususnya dalam 
geometri algebra.
[1]